.

.

Jenazah Bapaku Bertukar Menjadi Khizir

Ini ada satu kisah iktibar, kematian yang su'ul khotimah (pengakhiran 'kematian' yang tidak baik). Minta dijauhkan dari Allah !.. Satu hari, ketika Rasulullah saw dan sahabat baginda yang lain sedang duduk bersama, mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang budak. Wajahnya muram dan jelas kelihatan air mata yang berlinangan di pipinya.

“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah SAW kehairanan.

“Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku juga tidak mempunyai kain kafan. Aku sedih, tiada siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” tanya anak itu.

Segera Rasulullah SAW memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Sebaik saja sampai, mereka menyelak kain yang menutupi jenazah. Alangkah terperanjatnya mereka kerana jenazah itu bukan lagi mayat manusia, tetapi seekor babi butan. Mereka hanya mampu beristighfar melihat kejadian itu dan kembali menghadap Rasulullah SAW sambil membawa berita itu.

Persoalan mengapa orang ramai tidak mahu menguruskan jenazah itu sudah terjawab. Mungkin orang lain ketakutan dan tidak sampai hati pula memandikan jenazah yang sudah bertukar rupa kepada khinzir hutan.

Mendengar khabar buruk itu, Rasulullah datang sendiri ke rumah jenazah itu bersama para sahabat. Rasulullah mengangkat tangannya yang mulia dan memohon kepada Allah SWT agar jenazah itu dikembalikan kepada rupa manusia. Doa kekasih Allah itu dimakbulkan. Rasulullah kemudian menguruskannya dan kemudian menyembahyangkan jenazah itu seperti biasa. Kemudian baginda meminta para sahabat memakamkan jenazah itu.

Tetapi saat dimakamkan, sekali lagi jenazah itu bertukar rupa kepada babi hutan. Para sahabat kehairanan tetapi tetap meneruskan urusan pengkebumian. Melihat kejadian itu, Rasulullah bertanya kepada anak si mati apakah amalan yang dilakukan oleh ayahnya selama hayatnya.

“Ya Rasulullah, ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu dengan sedih.

Dengan penuh keinsafan, Rasulullah bersabda “ Para sahabatku, lihatlah sendiri. Inilah akibatnya apabila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat kelak.”

0 comments: