12 Tinggalkan Malaysia, Shila kini warganegara China
Kami baru sahaja sebenarnya mendapat tahu yang Shila Amzah telah mendapat status penduduk tetap (PR) di China kerana terlepas mendengar Carta ERA 40 pada hujung minggu yang lalu.Walaupun terlambat, ianya masih satu berita baik untuk di’kongsi dengan anda semua kerana ini satu tanda yang menunjukkan China memang mengalu alukan bakat unik Shila Amzah di’sana.

Shila Amzah mendedahkan perkara ini ketika menjadi artis jemputan untuk Carta ERA 40 di radio ERA fm hujung minggu selepas di’tanya Datuk Aznil Hj Nawawi tentang kekerapan beliau keluar masuk Malaysia.
“Saya sekarang duduk (tinggal) di Shanghai — dan kerana bekerja di’sana, saya telah dapat PR (status penduduk tetap),” jelas Shila Amzah.
Shila Amzah juga berkata peminat di’sana senang menerima kehadiran beliau mungkin kerana gaya bertudung dan juga cara nyanyian beliau yang nampak berlainan daripada apa yang di’tawarkan penghibur di’sana.

Album penuh terbaru Shila Amzah akan muncul di’pasaran pada awal Jun 2013 nanti yang akan mengandungi 6 buah lagu kesemuanya ciptaan sendiri oleh Shila Amzah. Kalau sudah berbakat ‘kan?..jom layan beberapa gambar Shila..-rotikaya- 22 Tinggalkan Malaysia, Shila kini warganegara China

43 Tinggalkan Malaysia, Shila kini warganegara China

32 Tinggalkan Malaysia, Shila kini warganegara China